Pembesar Melaka
Bendahara
Bendahara merupakan pembesar negeri yang paling kanan yang menjadi ketua penasihat kepada sultan. Bendahara bertindak sebagai pemangku sultan sekiranya sultan masih kecil. Misalnya Bendahara Paduka Raja Tun Perak menjalankan pemerintahan sewaktu Sultan Mahmud Syah kecil.
Bendahara kerkuasa menyelesaikan masalah tertentu tanpa merujuk kepada sultan. Misalnya Bendahara Seri Maharaja menyelesaikan perselisihan antara Raja Mendaliar dengan Nina Sura Dewana.
Bendahara juga berkuasa memberi arahan tanpa perintah raja. Selain itu bendahara bertindak sebagai pemimpin tentera dalam peperangan.
Bendahara berkuasa dan berpengaruh dalam melantik dan memilih pengganti sultan. Bendahara Paduka Raja Tun Perak enggan menyembah Raja Muhammad (Raja Muda) setelah tragedi pembunuhan Tun Besar menyebabkan Sultan Mansur Syah terpaksa "mengalah" dan menyingkirkan Raja Muhammad dari takhta Melaka dan dirajakan di Pahang.
Kedudukan Bendahara hampir setaraf dengan raja. Kebesarannya jelas dilihat sewaktu raja mengadakan majlis-majlis jamuan istana. Hanya Bendahara yang layak makan sehidangan dengan anak raja.
Penghulu Bendahari
Penghulu Bendahari bertanggungjawab sebagai Bendahari Raja. Bidang tugasnya memungut hasil negeri terrnasuk yang dipungut oleh syahbandar.
Penghulu Bendahari juga menyimpan daftar bilangan hamba selain mengurus kelengkapan dalam istana, misalnya menyuruh penghulu balai menghiasi balai, membentang tikar, menggantung tabir dan langit-iangit.
Selain itu Penghulu Bendahari memegang usungan di sebelah kanan apabila raja berangkat secara berusungan pada hari raya.
Gelaran untuk Penghulu Bendahari ialah Seri Nara Diraja.
Temenggung
Temenggung bertanggungjawab atas pelaksanaan undang- undang dan peraturan negeri terutama mengenai keselamatan. Temenggung menangkap orang bersalah dan menjalankan hukuman.
Temenggung melaksanakan kawalan dalam negeri. Perkara ini dilihat jelas pada waktu Melaka diancam oleh pencuri-pencuri sewaktu pemerintahan Sultan Alau'd-Din Riayat Syah.
Temenggung bertanggungjawab dalam hal-hal yang melibatkan protokol seperti dalam majlis mengatur tempat duduk pembesar-pembesar negeri mengikut status masing--masing.
Temenggung turut mengepalai gajah ketika raja berangkat menaiki gajah.
Syahbandar
Syahbandar dianggap sebagai raja segala dagang. Syahbandar bertanggungjawab atas segala urusan di Kuala seperti nemeriksa perahu yang masuk dan keluar. Selain itu tugas Syahbandar
menyelia pedagang-pedagang yang menurunkan barang-oarang dari kapal dan memungut cukai daripada pedagang- pedagang.
Laksamana
Laksamana dilantik daripada keturunan hulubalang. Laksamana bertanggungjawab menjaga negeri daripada ancaman baik di laut mahupun di darat. Contohnya, Hang Tuah menghalang Semerluki dari Makasar yang datang merosakkan tanah jajahan Melaka.
Laksamana juga memikul pedang kerajaan dalam istiadat rasmi. Sulalatus Salatin menceritakan bagaimana Hang Tuah diberi pengiktirafan yang begitu tinggi setelah berjasa kepada raja dengan membunuh Hang Jebat yang menderhaka.
Selain itu Laksamana akan memikul pedang kerajaan di bahagian belakang gajah ketika raja bergajah. Laksamana turut hadir bersama Temenggung ketika Bendahara membicarakan orang.
Laksamana juga bertugas menjaga keselamatan dan maruah Bendahara sekiranya ada yang menghina atau berlaku biadap terhadap Bendahara. Misalnya Laksamana Khoja Hassan tidak teragak-agak membunuh Tun Perpatih Hitam yang berkelakuan kurang sopan iaitu menguis tikar dengan kaki di hadapan Bendahara Seri Maharaja. Laksamana juga bertugas sebagai pengawal istana.
Tuesday, January 25, 2011
3 ASPEK KETATANEGARAAN
ASPEK KETATANEGARAAN
Takrif ketatanegaraan
Ketatanegaraan berasal dan perkataan tatanegara yang bermaksud, "aturan dan susunan negara." (Zainul Abidin Safuwan, Kamus Bahasa Melayu Utusan, Utusan Pub. Dist. hlm 1383)
Manakala Kamus Dewan memberi makna tatanegara itu sebagai "susunan dan bentuk pemerintahan negara dan ketatanegaraan pula bermakna, hal yang berkaitan dengan tatanegara seperti politik dan lain-Iain lagi. "( Kamus Dewan, DBP, hlm 1383)
KONSEP RAJA
Raja merupakan orang dan institusi terpenting dalam sebuah pemerintahan. Raja orang yang sangat, mulia dan mempunyai berbagai-bagai kelebihan. Pengarang Sulalatus Salatin meletakkan raja setaraf dengan nabi dan sebagai pengganti Allah di muka bumi (wasiat Bendahara Paduka Raja Tun Perak)
Raja berkuasa mutlak dan menjadi penghubung antara rakyat dengan roh nenek moyang.
Konsep raja berkait rapat dengan keagamaan. Ini bertujuan memperkuatkan kepercayaan rakyat terhadap kebesaran dan kemuliaan raja. Sulalatus Salatin mengaitkan keturunan raja dengan Iskandar Zulkarnain , keturunan raja yang agung dalam sejarah dunia.
Raja mempunyai sifat mulia dan luar biasa yang dikaitkan dengan cerita mitos, misalnya keturunan Raja Suran di Bukit Si Guntang.
Raja memiliki "daulat". Kebolehan luar biasa dikaitkan dengan daulat, contoh daulat raja-raja Melayu dalam Sulalatus Salatin, misalnya;Seri Teri Buana boleh menawarkan air masin.
Raja China pula mendapat penyakit kedal setelah menerima surat sembah raja Sultan Mansur Syah Melaka. Penyakit itu hanya boleh diubati dengan cara Raja China mesti minum air basuh kaki raja Melaka.
Sang Rajuna Tapa yang belot kepada Raja Singapura mendapat tulah iaitu suami isteri menjadi batu.
KONSEP DAULAT DAN DERHAKA
Konsep ini berkait rapat dengan unsur keagamaan dan kepercayaan rakyat meyakini sesiapa derhaka kepada raja akan mendapat balasan di akhirat.
Kewujudan konsep 'daulat dan derhaka' terhasil daripada waadat antara Demang Lebar Daun dengan Seri Teri Buana. Peristiwa waadat ialah manifestasi pengakuan rakyat akan kedaulatan raja dan rakyat tidak boleh derhaka kepada raja walau dalam apa keadaan sekalipun. Contohnya Bendahara Paduka Raja Tun Perak tidak membenarkan anak buahnya bertindak balas ke atas Raja Muhammad walaupun anaknya (Tun Besar) dibunuh. Bendahara Seri Maharaja pula tidak menentang hukuman bunuh yang dititahkan Sultan Mahmud Syah walaupun beliau tidak bersalah. Bendahara lebih rela dibunuh daripada menderhaka kepada rajanya.
Kedudukan raja diperkukuhkan lagi dengan alat- alat kebesaran dan peraturan-peraturan, larangan-larangan yang dikenakan dalam hubungan raja-rakyat.
KONSEP KERAJAAN
Konsep kerajaan dalam konteks Melayu merujuk kepada "satu organisasi besar yang dipimpin oleh, raja dan pembesar-pembesar dalam menjalankan pemerintahan ke atas golongan rakyat bagi sesebuah negeri dan jajahan takluknya." (Harun Daud, hlm. 95)
Kewujudan kerajaan disahkan lagi dengan adanya alat kebesaran kerajaan sebagai bukti kuasa raja yang memerintah.Ketiga-tiga putera Raja Suran yang turun di Bukit Si Guntang Mahamiru turut membawa bersama alat kebesaran kerajaan seperti mahkota, pedang, curik dan lembing serta cap kempa.Setiap kerajaan Melayu memiliki alat-alat kebesaran diraja yang tersendiri.
KONSEP NEGERI
Konsep negeri bagi Melaka ialah "bukan sahaja terdiri dari Melaka. malah semua negeri atau jajahan takluknya." (Harun Daud. hlm 97)
Hubungan antara raja dan rakyat terjamin melalui undang-undang dan larangan. Fungsi undang- undang dan larangan untuk keamanan dan mengekalkan taat setia rakyat kepada pemerintah.Raja memerlukan negeri untuk membentuk kerajaan. Tempat-tempat yang dibuka dijadikan negeri biasanya tempat yang strategik dan mempunyai keistimewaan yang tertentu. Pembukaan sesebuah negeri dikaitkan dengan unsur mitos untuk menunjukkan bahawa tempat yang dibuka itu membawa "tuah" atau kelebihan yang tersendiri.
SISTEM PEMERINTAHAN
Masyarakat Melayu tradisional khasnya Melaka mengamalkan sistem pemerintahan beraja secara mutlak. Yang dimaksudkan secara mutlak ini ialah raja berkuasa sepenuhnya. Raja menduduki strata paling tinggi dan mempunyai kuasa autoriti, kuasa penuh ke atas rakyat dan berkuasa penuh dalam urusan kerajaan.
Raja merupakan golongan yang merintah dan rakyat merupakan golongan yang diperintah. Persetujuan ini hasil dari waadat antara Seri Teri Buana dengan Demang Lebar Daun.
Kedudukan raja tidak boleh diganggu gugat. Raja boleh berbuat apa sahaja dan tidak boleh dibantah, misalnya dalam menjatuhkan hukuman mati.
Pengganti raja ditentukan oleh raja pemerintah. Bianya mengikut keturunan sebelah ayah. Selain itu raja ditentukan pelantikannya melalui wasiat, misalnya perlantikan Sultan Mahmud Syah sebagai ganti memerintah dari wasiat ayahandanya Sultan Alau'd-Din Riayat Syah.
Pemerintahan negeri dibantu oleh pembesar- pembesar negeri melaksanakan perintah raja.Hubungan raja dan pembesar sangat erat dan kadang-kadang wujud pertalian darah misalnya puteri Bendahara dikahwini oleh sultan. Pembesar memainkan peranan utama dalam kerajaan Melayu Melaka seperti Bendahara, Temenggung, Penghulu Bendahari dan Syahbandar. Pembesar negeri dilantik oleh raja. Tugas dan kedudukan pembesar mengikut bidang tugas masing-masing;
KECEMERLANGAN DAN KEMALAPAN KUASA POLITIK
Kuasa politik Melaka melalui empat tahap perkembangan. Tahap pertama meliputi tahap pembukaan Melaka semasa pemerintahan Raja Iskandar Syah, Raja Besar Muda dan Raja Tengah .
Pada tahap kedua ianya meliputi maman pengukuhan kerajaan Melaka yang berlangsung pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad Syah dan Sultan Abu Syahid. Manakala tahap ketiga iaitu zaman kegemilangan Melaka yang berlangsung pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah, Sultan Mansur Syah dan Sultan Alau'd-Din Riayat Syah.
Tahap empat merupakan zaman kejatuhan Melaka yang berlaku pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud Syah.
Pembukaan Melaka
Sulalatus Salatin menceritakan Melaka dibuka oleh Raja Iskandar Syah yang lari dari Singapura. Pembukaan Melaka dikaitkan dengan mitos Raja Iskandar Syah melihat kejadian aneh iaitu seekor pelanduk putih menendang anjing perburuan jatuh ke sungai. Ketika kejadian Raja Iskandar Syah menyandar di bawah sepohon pokok bernama Melaka. Melaka mula bertapak sebagai kuasa politik yang kuat dan disegani yang dilihat pada kejayaan Melaka mengatasi ancaman daripada Siam.
Tahap Kegemilangan
Puncak kegemilangandan kejayaan Melaka dicapai pada zaman pemerintahan Sultan Mansur Syah dan Sultan Alau'd-Din Riayat Syah. Melaka berperanan sebagai empayar Melayu yang kuat dan besar. Melaka muncul sebagai pusat perdagangan, pusat persinggahan timur dan barat dan pusat pengembangan Islam dan hasil-hasil kesusasteraan Melayu dan Islam di kepulauan Melayu.
Kegemilangan Melaka dikaitkan dengan kewibawaan pembesar-pembesar negeri yang berjaya mentadbir Melaka dengan penuh kebijaksanaan. Ketika ini Melaka melaksanakan dasar perluasan tanah jajahan dan berjaya menakluki Pahang. Keturunan raja Melaka memerintah Pahang misalnya Raja Muhammad. Melaka juga menakluki Inderagiri, Jambi, Siantan, Kampar dan Siak, Haru, Manjong dan Beruas, Kelantan dan Terengganu.
Tahap Kejatuhan
Kerajaan Melayu Melaka mulai mengalami zaman kejatuhan pada masa pemerintahan Sultan Mahmud Syah. Faktor kejatuhan Melaka berkait rapat dengan corak pemerintahan baginda yang lemah.Sultan Mahmud mementingkan hawa nafsu lebih daripada kepentingan negara dan rakyat. Sultan Mahmud Syah dianggap gila perempuan.
Sultan Mahmud juga bersifat kejam dan gemar menjatuhkan hukuman bunuh tanpa usul periksa. Baginda telah membunuh Tun Ali Sandang kerana menghalang hajatnya pada Tun Dewi dan membunuh Bendahara Seri Maharaja kerana Bendahara tidak menunjukkan Tun Fatimah kepada baginda.
Pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud, amalan rasuah berluasa di kalangan pembesar negeri. Misalnya pengikut- pengikut Tun Hassan Temenggung terima rasuah daripada pekedai-pekedai. Saudagar-saudagar memberi persembahan harta benda kepada pembesar untuk tujuan- tujuan tertentu. Selain itu amalan fitnah memfitnah, hasad dengki dan dendam berluasa. Semuanya berpunca kerana meletakkan kepentingan diri mengatasi kepentingan kerajaan dan negeri.
Akhirnya kejatuhan Melaka dimuktamadkan dengan serangan dan penaklukan oleh Portugis yang dipimpin oleh Alfonso de Albuquuerque.

2 SIFAT SASTERA SEJARAH DALAM SULALATUS SALATIN
1. Tujuan Penulisan:
- Untuk kegunaan kelompok istana seperti raja dan bangsawan.
- Merakamkan kebesaran negara kota Melaka
- Menggambarkan ketinggian martabat kerajaan Melaka
- Mengagungkan kegemilangan pemerintahan kerajaan Melaka
2. Corak Penceritaan:
- Mengandungi dua corak peristiwa iaitu peristiwa sebenar/fakta sejarah, dan peristiwa fantasi, dongeng, mitos/bukan fakta sejarah.
- Kisah bercampur aduk antara fakta sejarah dan bukan sejarah.
- Sifat sastera dilihat dari segi penggunaan bahasa dan teknik penulisan yang memasukkan unsur puisi seperti syair dan pantun.
- Selain itu sifat sastera dapat dilihat dengan adanya penggunaan dialog-dialog.
3. Kisah Negara Kota Melaka
Menitikberatkan peristiwa-peristiwa yang mengagungkan keturunan raja dengan mengaitkan dengan unsur ajaib.
- Keturunan raja dikaitkan berasal dari keturunan raja agung dan hebat iaitu keturunan Iskandar Zulkarnain, Raja dari Mukaduniah yang terkenal hebat, berani dan mempunyai sifat kepahlawanan.
- Gambaran pemerintahan penuh kebaikan seperti adil, gagah, perkasa, berani dan berdaulat. Contohnya kemakmuran Melaka dikaitkan dengan peribadi baik sultan pemerintah seperti Sultan Mansur Syah dan Sultan Alau'dDin Riayat Syah.
- gambaran adat-istiadat dan larangan- larangan seperti mementingkan protokol dan adat-istiadat seperti adat mengadap raja, adat mengarak sejadah, adat pertabalan dan sebagainya.
- larangan memakai kain berwarna kuning, larangan memakai emas, keris tertentu dan sebagainya.
- Larangan bertujuan bertujuan mengekalkan status quo, kehebatan dan keistimewaan raja.
Membanggakan kejayaan Melaka mengatasi negara lain seperti dalam hubungan Melaka dengan China, Melaka- Pasai dan lain-Iain .
4. Dari Segi Pertarikhan:
- Sulalatus Salatin tidak mementingkan catatan tarikh berlaku peristiwa-peristiwa terutama peristiwa sejarah sebenar.Pertabalan raja, kelahiran, kemangkatan, hubungan diplomatik tidak disertai tarikh. Jika ada tarikh pun, tidak bertepatan dengan kenyataan sejarah sebenar.
- Peristiwa sejarah diceritakan seperti laporan.
- Pengisahan berpusat kepada satu keturunan dan tumpuan diberikan kepada keturunan raja Melaka.
- Sultan Muhammad Syah diwariskan kepada keturunannya dari sebelah 'ayah' iaitu Sultan Muzaffar Syah,Sultan Mansur Syah, Sultan Alau'd-Din Riayat Syah, dan Sultan Mahmud Syah.
- Mementingkan gambaran kebesaran dan kemasyhuran raja memerintah.
- Menyanjung kedaulatan dan kekuatan sesebuah negara-kota dengan cerita dikaitkan dengan kisah-kisah ajaib,dongeng, mitos, legenda dan fantasi.
- Mengagungkan negara-kota dan kehebatan pemerintahan raja-raja dan ketokohan pembesar negeri.
- Memasukkan kisah yang benar-benar berlaku (fakta sejarah sebenar) misalnya sejarah tentang kewujudan empayar Melaka dan rantau jajahan takluknya, hubungan diplomatik Melaka dengan Siam, China,dan Pasai.
- Menceritakan tentang kedatangan Islam ke Melaka dan Pasai
6 Watak-watak yang terdapat dalam Sulalatus Salatin terdiri dari watak-watak dari kalangan
- Manusia seperti golongan istana (raja dan kerabat) pembesar-pembesar negeri, bangsawan, rakyat jelata, hamba, golongan Arab, India-Muslim dan lain- lain.
- Watak bukan manusia seperti seperti lembu putih, semut besar, pelanduk putih, anjing perburuan, cacing gelang-gelang; orang-orang halus seperti hantu,dan Puteri Gunung Ledang.
7 Struktur isi cerita Sulalatus Salatin menepati ciri-ciri yang biasa ditemui dalam karya corak sastera sejarah yang terbahagi kepada 3 bahagian iaitu bahagian awal yang meliputi pengasasan negeri, bahagian kedua yang berkaitan dengan kegemilangan danian ketiga yang meliputi bahagian kemerosotan negeri.
Bahagian awal mengisahkan peristiwa penubuhan kerajaan negara kota yang meliputi
- asal-usul keturunan raja- raja
- kisah pembukaan negara kota
- kemasukan Islam
Bahagian Kegemilangan: meliputi
- Kisah pemerintahan raja-raja pemerintah negara kota.
- Menonjolkan kebesaran, kejayaan, kehebatan pemerintahan.
- Peranan negara kota dari segi politik, kebudayaan,perdagangan, pusat penyebaran Islam dan lain-lain.
Sulalatus Salatin menggambarkan juga peranan Melaka sebagai pusat pelabuhan terbesar di rantau ini. termasuk peranan Melaka sebagai pusat penyebaran dan pengembangan agama Islam serta Melaka sebagai pusat pengumpulan khazanah hasil-hasil kesusasteraan Islam terpenting.
Bahagian Kemerosotan: meliputi kisah-kisah
- kekejaman dan kezaliman raja yangmemerintah.
- Berlaku perpecahan di kalangan pembesar.
- Fitnah, amalan rasuah, pilih kasih,ketidakadilan dan sebagainya berleluasa dalam kalangan rakyat dan pemerintah.
- Kerajaan lemah senang ditakluki musuh.
Sulalatus Salatin menceritakan kekejaman dan kezaliman Sultan Mahmud Syah yang menggguna kuasa dan kedudukannya untuk kepentingan diri, dan kepuasan seks. Sultan Mahmud Syah mengabaikan rakyat, melakukan ketidakadilan, terkait dengan amalan rasuah dan pilih kasih.
Digambarkan juga pada bahagian kemerosotan ini pentadbiran menjadi lemah dan kucar-kacir, serta pertahanan negara kota yang lemah.Portugis menyerang dengan mudah dapat mengalahkan dan menawan Melaka.
UNSUR SASTERA DALAM SULALATUS SALATIN
Sastera bermaksud hasil seni sama ada berbentuk prosa mahupun puisi. Oleh itu, segala bentuk karangan sama ada hikayat, puisi, buku, serta risalah yang dianggap fenomena sastera dapat dikatakan sebagai hasil-hasil kesusasteraan. Antara unsur-unsur sastera yang terkandung dalam karya ini ialah:
Contoh
pertama yang jelas dilihat adalah mengenai pengarang dan tarikh penulisan teks Sulalatus Salatin itu sendiri. Sulalatus Salatin adalah karya yang ditulis oleh
Tun Muhammad atau nama timang-timangannya Tun Sri Lanang dan bergelar Bendahara
Paduka Raja.
Mukadimah
yang terdapat pada halaman dua dan tiga antara lain mencatatkan:
"Bahawa
beta minta diperbuatkan hikayat pada Bendahara peri persetua dan peri petuturan
raja-raja Melayu dengan istiadatnya sekali; supaya diketahui oleh segala anak
cucu kita yang kemudian daripada kita, diingatkannya oleh mereka itu; syahadan
beroleh faedahlah ia daripadanya."
(Halaman: 3)
Tarikh
Sulalatus
Salatin ditulis
adalah pada 'seribu dua puluh satu tahun, kepada tahun Dal, pada dua belas hari bulan Rabiulawal, kepada
hari Khamis, waktu 'alduha..., Tarikh itu bersamaan 13 Mei 1612.
Perkara lain yang memperlihatkan adanya
sifat sastera dalam teks Sulalatus
Salatin adalah
dari segi gaya bahasa dan teknik penulisannya.
Contoh yang jelas dalam teks ini ialah penggunaan bahasa berirama sama ada pantun
mahupun syair. Salah satu syair yang terdapat dalam teks ini ialah:
Cau Panden anak Bubunnya,
Hendak
menyerang ke Melaka;
Ada
cincin berisi bunga,
Bunga
berladung air mata.
(Halaman: 96)
Unsur-unsur puisi ini adalah untuk menggambarkan sesuatu peristiwa. Selain itu dapat mengindahkan bahasa supaya kelihatan lebih seni dan menarik.
Teknik penceritaan Sulalatus Salatin memperlihatkan adanya unsur
sastera kerana terdapatnya penyelitan dialog oleh pengarang. Dialog dan
aksi-aksi antara seseorang watak dengan watak yang lain adalah ciri-ciri sastera menyimpang daripada tulisan-tulisan
atau buku-buku sejarah yang lebih mengutamakan fakta atau penulisan secara langsung. Contohnya
dialog antara Demang Lebar Daun dengan Seri Teri Buana:
Maka sembah Demang Lebar Daun,
"Daulat tuanku, mengapa tuanku berlindung titah lagi? Kerana sembah patik
ke bawah duli Yang Maha Mulia telah putus, tiada hamba Melayu itu dapat
menyalahi kehendak tuannya." Maka titah baginda, "Adalah hamba
mendengar khabar paman konon ada menaruh seorang anak perempuan, amat baik
parasnya, Jikalau dengan ikhlas paman, initah yang hamba pohonkan".
(Halaman: 25)
Unsur mitos yang terdapat dalam Sulalatus Salatin merupakan satu ciri sastera
kerana unsur ini mempunyai tujuan tertentu, seperti mengangkat martabat raja,
bangsa, dan sebagainya. Mitos Raja Suran turun ke laut memperlihatkan bagaimana
golongan raja mampu melakukan sesuatu perkara yang sukar dilakukan oleh
rakyat.
Peristiwa kedatangan Islam ke Melaka juga dianggap sebagai satu mitos. Raja Kecil Besar berpandangan
dengan Rasulullah yang menunjukkan kejadian-kejadian dan pewarnaan
sifat raja yang luar biasa.
Raja China misalnya, mendapat
kedal kerana menerima sembah daripada Sultan Mansur Syah.dan dan hanya dapat
diatasi dengan air basuh kaki Sultan Mansur Syah sendiri.
Sifat-sifat
sastera dalam Sulalatus
Salatin juga
jelas dikesan melalui pembukaan-pembukaan negeri atau tempat tertentu yang berunsur mitos.
Melaka mendapat nama berdasarkan peristiwa pelanduk putih menendang anjing
perburuan Raja Iskandar Syah, dan peristiwa itu dilihat dari bawah pokok
Melaka. Singapura mendapat mendapat berdasarkan seekor singa yang dilihat oleh
Sang Nila Utama; dan kerana binatang itu kelihatan tangkas,
Dipercayai bahawa negeri yang
dibuka akan maju dan kuat. Oleh itu, peristiwa-peristiwa aneh berhubung kait
dengan kepercayaan sehingga munculnya sesebuah negeri dalam Sulalatus Salatin.
Unsur epik atau kepahlawanan
dalam Sulalatus
Salatin merupakan
satu penonjolan sifat sastera yang amat ketara. Melebih-lebihkan taat
setia watak serta kekuatan yang luar biasa adalah sebagai usaha menarik minat pembaca mendekati
teks sastera.
Tuan Saidi Arab umpamanya,
berjaya membunuh Cau Panden dengan memanah dari Melaka
dan Cau Panden
mati di Siam. Tun Omar, Seri Bija Diraja, Tun Bija Sura, Tuan
Jana
Khatib, dan beberapa watak lagi masing-masing memperlihatkan legenda. Tuan Jana
Khatib umpamanya, berjaya membelah batang pinang
hanya melaui tilikannya.
Sifat
sastera lain yang terdapat dalam teks Sulalatus
Salatin ialah
plot. Plot ialah susunan atau jalinan peristiwa yang ada kaitan dengan
hukum, sebab, dan akibat. Plot adalah ciri penting bagi penulisan hasil-hasi
sastera berbentuk prosa sama ada cerpen, novel, mahupun hikayat-hikayat.
Penceritaan tentang negeri-negeri
Singapura dan Melaka dalam Sulalatus
Salatin adalah
berdasarkan pembinaan plot yang kompleks. Dijelaskan
tentang bahagian awal cerita, iaitu tentang pembukaan-pembukaan; bahagia-perkembangan
plot diceritakan tentang perkembangan kerajaan-kerajaan berkenaan manakala,
bahagian akhir plot dijelaskan tentang kejatuhan negeri.
Pemaparan
tentang sastera undang-undang merupakan sifat-sifat sastera yang terkandung
dalam Sulalatus
Salatin. Dalam Sulalatus Salatin terutamanya semasa pemerintahan
Raja Kecil Besar atau Sultan Muhammad Syah. terdapat larangan-larangan yang
bukan hanya perlu dipatuhi oleh rakyat tetapi juga oleh goiongan
pembesar-pembesar negeri. Hal-hal yang berkaitan dengan pantang larang dan
peraturan ini terkandung dalam Hukum Kanun Melaka.
UNSUR SEJARAH DALAM SULALATUS SALATIN
Sulalatus
Salatin banyak
mencatatkan peristiwa-peristiwa yang benar-benar berlaku dan diketahui oleh
masyarakat umum cuma agak kabur kerana adanya
unsur-unsur sastera di samping tiada catatan tarikh bagi setiap peristiwa
sejarah yang dikemukakan. Tokoh-tokoh yang dipaparkan dalam
Sulalatus
Salatin merupakan
tokoh-tokoh Melayu Melaka yang memperlihatkan keunggulan pemerintahan
seperti Sultan Muzaffar Syah, Sultan Mansur Syah, dan
Sultan Alau'd-din
Riayat Syah Turut digambarkan ialah pembesar-pembesar
Melaka seperti Tun Ali dan Tun Perak
dan Tun Mutahir.
Sifat sejarah dalam Sulalatus Salatin juga dapat dikesan melalui
peristiwa-peristiwa yang tercatat di dalamnya. Peristiwa seperti pembukaan Melaka dan
Singapura, kejatuhan Melaka, penyebaran Islam di Melaka, hubungan diplomatik Melaka dengan
kuasa-kuasa lain adalah catatan sejarah yang jelas.
Kelompok masyarakat yang
didedahkan dalam Sulalatus
Salatin memperlihatkan
satu
kelompok yang tertulis di dalam sejarah. Golongan yang diceritakan ialah golongan
raja, pembesar, rakyat dan hamba abdi.
Melaka yang terkenal sebagai pusat
perdagangan merupakan sifat sejarah yang dapat ditinjau melalui karya Sulalatus Salatin. Ekonomi Melaka begitu kukuh
kerana Melaka menjadi tumpuan pedagang dan saudagar-saudagar dari Arab, benua
Keling, dan China. Antara saudagar-saudagar yang
disebutkan dalam Sulalatus Salatin termasuklah Raja Mendaliar, Ali
Manu Nayan, dan Nina Sura Dewana.
Dalam aspek politik, jelas bahawa
sejarah telah menunjukkan Melaka suatu ketika dahulu merupakan kuasa besar dan berpengaruh. Dari
segi penaklukan dan hubungan diplomatik, Melaka dianggap sebagai
kuasa yang
berjaya menewaskan negeri-negeri tertentu dengan mudah. Melaka menjalin hubungan dengan
kuasa-kuasa besar seperti China, Majapahit, Pasai, Haru, dan Siam.
Kedatangan agama Islam di alam
Melayu seperti yang diperkatakan dalam Sulalatus
Salatin merupakan
satu sifat sejarah. Walaupun dalam Sulalatus
Salatin tidak
disebut tarikh-tarikh penerimaan Islam di Pasai dan Melaka tetapi pada
hakikatnya kedatangan Islam ke tempat-tempat berkenaan adalah fakta
yang tidak boleh
ditolak. Kedatangan Islam telah melahirkan tokoh-tokoh agama seperti Kadi
Menawar, Kadi Maulana
Abu Bakar, dan beberapa lagi manakala, Sultan Alau'd-Din pula mengenakan
undang-undang Islam dalam pemerintahan baginda di Melaka.
Kedatangan Portugis atau Benggali
Putih dalam Sulalatus Salatin juga merupakan peristiwa sejarah sebenar. Pada saat
kemerosotan Melaka, pentadbiran menjadi lemah dan kucar-kacir,danlemah. Apabila
Portugis menyerang dengan mudah dapat mengalahkan dan menawan Melaka.
1.4 ISI KANDUNGAN SULALATUS SALATIN
Isi Kandungan Sulalatus Salatin
Sulalatus Salatin mengandung peristiwa yang berasaskan fakta-fakta sejarah seperti kisah raja-raja memerintah Melaka. Contohnya peristiwa-peristiwa yang berlaku pada zaman pemerinthan Sultan Muzaffar Syah, Sultan Mansur Syah, Sultan Alau'd-Din Ri'ayat Syah, Sultan Mahmud Syah dan lain-lain.
Turut dimuatkan ialah kisah perhubungan luar Melaka dengan negara-negara jiran dan negara-negara
luar seperti hubungan Melaka dengan Negeri Siam, Benua China, Benua Keling, Pasai, Pahang dan lain-lain.
Sulalatus Salatin juga memaparkan kisah-kisah peperangan dan penaklukan.Contohnya penaklukan Melaka ke atas Siak, Kampar, Pahang dan lain-lain, serta kedatangan Peringgi dan penguasaannya ke atas Melaka.
Selain itu Sulalatus Salatin turut mengaitkan peristiwa-peristiwa yang bersifat fiksyen dan mitos. Contohnya seperti kisah Raja Suran turun ke negeri bawah laut yang bernama Dika; dan juga kisah-kisah di Bukit Si Guntang.
Selain itu terdapat juga kisah-kisah mitos seperti mitos pembukaan tempat dan negeri, seperti pembukaan Pasai, Singapura dan Melaka; mitos kemasukan Islam di Melaka, dan mitos peminangan Puteri Gunung Ledang.
Sulalatus Salatin tidak ketinggalan memuatkan kisah tokoh-tokoh yang dianggap legenda seperti Badang, Hang Tuah, Tun Perak dan lain-lain.

1.3 TUJUAN PENULISAN
Sulalatus Salatin Sejarah Melayu ditulis dengan tujuan untuk mengangkat kedudukan dan sejarah silam raja-raja Melaka. Selain itu ia dihasilkan untuk mengangungkan kebesaran dan kecemerlangan raja-raja dan kerajaan Melaka.
Tujuan seterusnya ialah untuk menggambarkan kebesaran sebuah dinasti raja-raja Melayu yang bermula dari zaman Raja Iskandar Syah di awal abad ke-15 hinggalah zaman pemerintahan Sultan Alau'd-Din Riayat Syah III di awal abad ke-17.
Sulalatus Salatin juga dihasilkan untuk kegunaan istana (istana centric) dan kegunaan orang-orang bangsawan Melayu sebagai rujukan pada masa akan datang.
Sulalatus Salatin juga dijadikan satu wadah merakamkan kebesaran, ketinggian dan kegemilangan sesebuah negara kota atau kerajaan Melayu seperti kerajaan Pasai, dan Singapura selain Melaka. Selain itu untuk memperlihatkan kepada bangsa lain akan kebesaran bangsa Melayu itu sendiri.
1.2 KEPENGARANGAN SULALATUS SALATIN
KEPENGARANGAN
Nama asal Sulalatus Salatin ialah Hikayat Melayu. Sulalatus Salatin juga dikenalai sebagai Sejarah Melayu. Naskhah Hikayat Melayu dibawa ke Johor dari Goa. Dipercayai penulisan Hikayat Melayu berakhir pada sebelum tahun 1536 Masihi. Setelah dibawa ke Johor, naskhah ini disusun semula pada tahun 1612 oleh Tun Muhammad, Bendahara Johor seawktu pemerintahan Sultan Ala'ud-Din Riayat Syah III yang memerintahan di Pekan Tua, Batu Sawar, Johor. Nama timang-timangan Tun Muhammad ialah Tun Seri Lanang.
Berdasarkan isi kandungan Sulalatus Salatin,menampakkan pengarangnya sebagai seorang intelek Melayu yang berminat kepada sejarah dan suasana pergolakan politik di Melaka waktu itu. Selain itu pengarang amat berminatt membaca naskhah sastera dan sejarah tertua seperti Hikayat Iskandar Zul- karnain, dan Hikayat Raja-Raja Pasai.Selain itu pengarang Sulalatus Salatin turut berminat membaca berbagai-bagai hikayat daripada kesusasteraan asing yang diterap dari kesusasteraan Hindu. Sebagai contoh pengarang dapat menggarap secara terperinci unsur-unsur sastera Hindu ketika mengisahkan pengembaraan Raja Suran ke negeri bawah laut dankisah di Bukit Si Guntang Mahamiru. Pengarang juga turut mengaitkan binatang Suci Hindu iaitu lembu putih.
Pengarang turut terpengaruh dengan kesusasteraan Jawa seperti cerita Panji dan Cerita Damar Wulan. Contoh-contoh dari hasil sastera Jawa dapat dilihat melalui gambaran peristiwa utusan Melaka pergi ke Majapahit seterusnya peristiwa peminangan Puteri Galuh Cendera Kirana. Dalam peristiwa peminangan Puteri Gunung Ledang, dikaitkan pula dengan permintaan mas kahwin yang luar biasa.
Pengarang begitu mahir menggarap corak penulisan kesusasteraan Parsi dan Arab. Hal ini jelas dilihat dari sudut pendahuluan teksyang ada gaya masnawi. Terdapat juga pembahagian bab-bab pada cetera yang disampaikan. Selain itu dimasukkan petikan syair dan bidalan Arab juga termasuklah menyelitkan ayat-ayat al-Quran. Jika dikaji lebih mendalam terdapat juga struktur penulisany ang mirip gaya khutbah, di samping
penggunaan kalimah-kalimah Arab yang ketara.
Pengarang Sulalatus Salatin merupakan seorang yang kreatif dan artistik kerana dapat menampilkan teks tersebut dalam bentuk yang sangat menarik dan indah dari segi persembahannya. Pengarang berupaya melukis segala kisah atau gambaran masyarakat Melayu dengan hidup dan indah. Beliau juga dapat menceritakan sesuatu episod dengan nyata dan jelas sehingga berjaya mengusik perasaan sama ada sedih,
menyayat hati, lucu, meriah dan riang gembira. Contohnya peristiwa peperangan digambarkan dengan penuh suasana ngeri dan ganas.
Perasaan marah yang tidak terkawal dapat dibayangkan dengan kata-kata yang diucapkan, contohnya:
"Dipertidaknya lelaki kita oleh Betara Majapahit itu, kita dikirimNya subang."
Pengarang juga berjaya memberikan pembaca gambaran yang berkesan dalam menceritakan kebesaran kerajaan China. Kebolehan pengarang seterusnya ialah berkebolehan menceritakan sesuatu peristiwa dengan penghayatan mendalam, contohnya menggambarkan peristiwa tragedi pembunuhan Tun Besar dan tragedi pembunuhan Bendahara Seri Maharaja
Pengarang turut berupaya melukis watak dengan lebih hidup, istimewa dan bercampur dengan unsur lucu. Contohnya ketika menggambarkan watak Tun Mai Ulat Bulu, Seri Bija Diraja, Seri Wak Raja, MiaRuzul dengan kambing randuk dan lain-lain.Selain itu pengarang berjaya menerapkan gaya bahasa indah, menarik dan bermutu tinggi, di samping menggunakan pelbagai teknik bercerita seperti teknik dialog, monolog dan monolog dalaman, menyelitkan pantun, syair dan bidalan Arab yang menimbulkan kesan keindahan dan menarik ketika membaca teks tersebut.

1.1 Sinopsis
SULALATUS SALATIN SEJARAH MELAYU
PERISTIWA DALAM BAB 1
Raja Iskandar Zul-Karnain dari Makaduniah berperang dengan Raja Kida Hindi. Raja Kida Hindi tewas dan diislamkan oleh Raja Iskandar Zul-Karnain.
Raja Iskandar Zul-Karnain berkahwin dengan Puteri Syahrul-Bariyah, anak Raja Kida Hindi dan mendapat seorang anak bernama Raja Aristun Syah.
Raja Suran, iaitu keturunan Raja Iskandar Zul-Karnain memerintah negeri Amdan Negara dan baginda ingin menyerang China untuk meluaskan jajahan takluk.
Raja Suran sampai ke Gangga Negara dalam perjalanannya ke China. Baginda menewaskan Raja Gangga Syah Johan dan baginda berkahwin dengan Puteri Dara Segangga.
Raja Suran sampai di negeri Langgiu dan menewaskan Raja Chulan. Raja Suran kemudiannya mengahwini Puteri Onang Kiu.
Apabila Raja Suran berada di Temasik, orang China membuat muslihat dengan menghantar orang-orang tua tiada gigi, pokok yang sudah berbuah, dan jarum berkarat dengan sebuah kapal sehingga Raja Suran membatalkan niatnya untuk menyerang China.
Raja Suran turun ke laut dan sampai di bumi Dika dan baginda berkahwin dengan Puteri Mahtabu'l-Bahri, anak Raja Aktabu'l-Ard.
Raja Suran mendapat tiga orang anak dengan Puteri Mahtabu'l-Bahri dan mewasiatkan supaya Raja Aktabu'l-Ard menghantar anak-anaknya ke dunia apabila dewasa.
Raja Suran kembali ke dunia dengan kuda semberani jantan.
PERISTIWA DALAM BAB 2
Anak-anak Raja Suran yang dipelihara oleh Raja Aktabu'l-Ard, iaitu Nila Pahlawan, NilaUtama, dan Krisyna Pandita sudah dewasa dan dihantar ke dunia menaiki lembu putih.
Anak-anak Raja Suran muncul di Bukit Si Guntang pada waktu malam dan padi Wan Empuk dan Wan Malini berbuahkan emas, daunnya menjadi perak, dan batangnya menjadi suasa.
Terjadi perkenalan antara Wan Empuk dan Wan Malini dengan anak-anak Raja Suran.
Lembu putih kenaikan anak-anak Raja Suran memuntahkan buih lalu keluar dari buih itu seorang lelaki, yang diberi nama Batala.
Pahlawan menjadi raja di Minangkabau dan Krisyna Pandita pula menjadi raja di Tanjung Pura. Nila Utama ditabalkan menjadi raja di Palembang.
Nila Utama (Seri Teri Buana) ingin mengahwini Raden Ratna Cendera Puri tetapi Demang Lebar Daun mahu berwaad dengan Seri Teri Buana. Waad itu akhirnya dimeterai untuk menjaga perhubungan raja dengan rakyat. Seri Teri Buana dan Raden Ratna Cendera Puri berkahwin. Raden Ratna Cendera Puri didapati tidak kedal.
Seri Teri Buana keluar mencari negeri dan sampai di Bintan dan diambil oleh Wan Seri Beni sebagai anak angkat.
Seri Teri Buana kemudian berburu di Bengkilau dengan pembesar-pembesar Bintan. Seri: Teri Buana teriihat satu tempat, iaitu Temasek dan ingin ke tempat itu.
Kenaikan Seri Teri Buana dipukul ribut dalam perjalanan ke Temasek. Ribut itu reda setelah baginda meletakkan mahkotanya di air.
Seri Teri Buana membuka negeri di Temasek dan diberi nama Singapura berdasarkan nama singa. Seri Teri Buana ditabalkan sebagai raja Singapura yang pertama oleh Wan Seri Beni.
PERISTIWA DALAM BAB 3
Seri Teri Buana menghantar rombongan peminangan ke benua Keling untuk meminang Puteri Nila Pancadi untuk anakanda baginda, Raja Kecil Besar.
Seri Teri Buana mangkat dan diganti oleh Raja Kecil Besar bergelar Paduka Seri Pikrama Wira.
Paduka Seri Pikrama Wira melantik beberapa jawatan penting seperti Bendahara, Perdana Menteri, Penghulu Bendahari, dan hulubalang.
Betara Majapahit telah menghantar utusan ke Singapura dengan bingkisan "Sekeping tatal tujuh depa panjangnya, ditarah tiada putus, nipisnya seperti kertas, dan bergulung seperti subang".
Paduka Seri Pikrama Wira tersalah anggap dan bertindak membalas utusan itu dengan mencukur kepaia seorang budak dan beliungnya dihantar ke Majapahit.
Terjadi peperangan antara Singapura dengan Majapahit tetapi Singapura tidak kalah.
Kemangkatan Paduka Seri Pikrama Wira. Raja Muda dilantik menjadi raja Singapura dengan gelaran Rakna Wikrama.
Badang menahan lukah tetapi ikannya dimakan hantu. Badang dapat menangkap hantu itu tetapi hantu meminta Badang melepaskannya dan permintaan Badang akan ditunaikan. Badang meminta kekuatan dan Badang terpaksa makan muntah hantu itu. Badang menjadi kuat dan dapat menebas hutan dalam masa yang singkat sehingga dimerdekakan oleh tuannya.
Badang mengalahkan pahlawan dari benua Keling bernama Nadi Bija Niakra. Badang hampir-hampir beriawan dengan Benderang, iaitu pahlawan dari Perlak tetapi pihak Benderang membatalkan perlawanan itu dengan alasan tidak mahu terjadi permusuhan pada kemudian hari.
Seri Rakna Wikrama mangkat dan digantikan oleh anak baginda dengan gelaran Paduka Seri Maharaja.
Merah Silu menahan lukah dan selalu mendapat cacing geiang-gelang. Apabila direbus, cacing geiang-gelang itu bertukar menjadi emas.
Merah Caga ingin membunuh Merah Silu dan Merah Silu melarikan diri ke Rimba Jurun. Merah Silu menjumpai sebuah tempat dan menamakan tempat tersebut Semundra berdasarkan semut besar yang dilihatnya.
Rasulullah s.a.w. menyuruh sahabat baginda mengislamkan rakyat Semundra. Tugas itu dilaksanakan oleh Sheikh Ismail dan fakir Muhammad yang datang ke Semundra. Fakir Muhammad mengislamkan penduduk-penduduk di Fansuri, Haru, Lamiri, dan Perlak. Fakir Muhammad berjumpa Merah Silu di pantai dan mengislamkan beliau dan menukarkan namanya kepada Sultan Maliku's-Salleh. Sultan Maliku's-Salleh mendapat dua orang putera iaitu Sultan Maliku't-Tahir dan Sultan Maliku'l-Mansur.
Sultan Maliku't-Tahir dirajakan di Pasai. Sidi Ali Ghiathu'd-Din menjadi Mangkubuminya.
Sultan Maliku's-Salleh gering dan mewasiatkan kepada anak-anak baginda supaya berbaik-baik dan Semundra diperintah oleh Sultan Maliku'l-Mansur.
Raja Syahru'n-Nuwi menitahkan Awi Dicu menangkap raja Pasai dan Awi Dicu melaksanakan tugas itu setelah membuat muslihat dengan hulubalang yang gagah di dalam empat buah peti . Raja Pasai dijadikan gembala ayam oleh raja Syahru'n-Nuwi. Sidi Ali Ghiathu'd-Din bermuafakat dengan menteri untuk membebaskan raja Pasai. Sidi Ali Ghiathu'd-Din berusaha untuk menyelamatkan rajanya dengan membuat tipu muslihat. Beliau telah memberikan hadiah berharga kepada raja Syahru'n-Nuwi sehingga raja Syahru'n-Nuwi berjanji akan memberi apa sahaja yang diminta oleh Sidi Ali Ghiatu'd-Din sebagai balasan. Sidi Ali Ghiathu'd-Din memohon raja Pasai daripada raja Syahru'n-Nuwi dan diizinkan oleh baginda. Raja Pasai dibawa pulang.
Sultan Maliku'l-Mansur pergi ke Pasai untuk melawat Sultan Maliku't-Tahir walaupun ditegah oleh Sidi Asma Yaumi'd-Din.
Sultan Maliku'l-Mansur mengambil dayang Sultan Maliku't-Tahir dan dibawa pulang ke Semundra. Saltan Maliku't-Tahir berdendam dengan Sultan Maliku'l-Mansur dan berusaha untuk menangkapnya.
Sultan Maliku't-Tahir yang menggunakan tipu muslihat berjaya menangkap Sultan Maliku'l-Mansur.
Sidi Asma Yaumi'd-Din dipenggal lehernya dan kepalanya dibuang ke laut manakala Sultan' Mlaliku'l-Mansur dibawa berperahu ke Manjung.
Sultan Maliku'l-Mansur berjumpa dengan kepala Sidi Asma Yaumi'd-Din dan baginda meminta badan Sidi Asma Yaumi'd-Din untuk dicantumkan dengan kepalanya kemudian dikebumikan di Padang Maya.
Sultan Maliku't-Tahir menjemput Sultan Maliku'l-Mansur pulang kerana baginda menyesal bermusuh-musuhan dengan saudara sendiri.
Sultan Maliku'l-Mansur mangkat di sisi kubur Sidi Asma Yaumi'd-Din.
PERISTIWA DALAM BAB 4
Tuan Jana Khatib dari Pasai datang ke Singapura. Apabila lalu berhampiran istana raja, beliau menilik batang pinang sehingga terbelah dua.
Paduka Seri Maharaja murkakan Tuan Jana Khatib dan menganggap Tuan Jana Khatib sengaja menunjukkan kepandaian di depan isteri baginda. Tuan Jana Khatib dibunuh dan badannya ghaib ke Lengkawi.
Todak menyerang Singapura dan ramai rakyat mati. Seorang budak mencadangkan agar digunakan batang pisang sebagai penahan serangan todak dan menghasilkan kejayaan.
Budak itu dibunuh kerana disangkakan akan melebihi kepandaian raja suatu ketika nanti.
Paduka Seri Maharaja mangkat dan digantikan oleh Raja Iskandar Syah.
Anak Sang Rajuna Tapa difitnah berbuat jahat dengan lelaki lain dan dihukum sula oleh Raja Iskandar Syah di hujung pasar. Sang Rajuna Tapa marah akan tindakan Raja Iskandar Syah dan menyuruh Majapahit menyerang Singapura dan beliau sedia membantu Majapahit.
Singapura dapat dikalahkan oleh Majapahit dan Raja Iskandar Syah melarikan diri ke hulu Muar, manakala Sang Rajuna Tapa dan isteri menjadi batu.
Raja Iskandar Syah menemui beberapa tempat, seperti Biawak Busuk dan Kota Buruk.
Raja Iskandar Syah membuka Melaka berdasarkan peristiwa pelanduk putih menendang anjing perburuan. Peristiwa itu dilihat dari bawah pokok Melaka.
Raja Iskandar Syah mangkat dan digantikan oleh anakanda baginda. Raja Muda. Raja Muda mangkat dan digantikan oleh Raden Tengah yang akhirnya digantikan pula oleh Raja Kecil Besar seiepas kemangkatan Raden Tengah.
Syed Abdul Aziz datang ke Melaka dan mengislamkan penduduk Melaka.
Sultan Muhammad Syah menetapkan adat kepada rakyat untuk membezakan raja dengan rakyat. Pembesar-pembesar istana juga dikenakan peraturan-peraturan tertentu supaya dapat mengukuhkan lagi pentadbiran Melaka.
Mani Purindan ke Melaka dari benua Keling dan berkahwin dengan Tun Ratna Sandari. tu dikurniakan dua orang anak, iaitu Tun Ali dan Tun Ratna Wati. Sultan Muharnmad Syah berkahwin dengan Tun Ratna Wati dan mendapat seorang anak iaitu Raja Kassim.
SultanMuhammad Syah juga berkahwin dengan anak raja Rekan, mendapat seorang anak iaitu Raja Ibrahim.
Selepas kemangkatan Sultan Muhammad Syah, Raja Ibrahim menjadi sultan dengan gelaran Sultan Abu Syahid sementara itu Raja Kassim diusir dari istana.
Raja Kassim menyamar sebagai nelayan dan bermuafakat dengan Maulana Jalalu'd-Din untuk merebut takhta kerajaan Melaka. Perebutan takhta berlaku sehingga Raja Rekan dan Sultan Abu Syahid terbunuh.
Raja Kassim ditabal menjadi raja bergelar Sultan Muzaffar Syah. Bendahara Seri Wak Raja membunuh diri setelah menganggap Sultan Muzaffar Syah tidak menyukainya.
Seri Nara Diraja Tun Ali dilantik menjadi Bendahara manakala, Tun Perak, iaitu anak Seri Wak Raja menjadi penghulu di Kelang.
PERISTIWA PENTING DALAM BAB 5
Sultan Muzaffar Syah mengumpulkan rakyat menghadapi serangan Siam.
Tun Perak membawa angkatan dari Keiang bersama anak isteri mereka sekali.
Awi Cakri menyerang Melaka tetapi tidak dapat menewaskan Melaka.
Tun Perak mula mendapat kedudukan di Melaka sehingga diiantik menjadi menteri. Rakyat Melaka berpecah belah; satu berpihak kepada Seri Nara Diraja dan satu lagi berpihak kepada Tun Perak dan ini membimbangkan Sultan Muzaffar Syah.
Sultan Muzaffar Syah menceraikan isterinya Tun Kudu dan diserahkan kepada Seri Nara Diraja. Hal ini bertujuan mendamaikan Melaka.
Tun Perak menjadi Bendahara dengan gelaran Bendahara Paduka Raja manakaia Tun Ali menjadi Seri Nara Diraja, memegang jawatan Penghulu Bendahari.
Siam menyerang Melaka buat kali kedua di bawah pimpinan Awi Dicu. Tun Perak meletakkan puntung-puntung api pada pokok-pokok di tepi pantai. Awi Dicu membatalkan serangan lalu pulang ke Siam.
Tuan Saidi Arab memanah Cau Panden dari Melaka . Cau Panden yang hendak menyerang Melaka mati di Siam.
Sultan Muzaffar Syah mangkat dan digantikan oleh anakanda baginda, Sultan Mansur Syah
Sultan Mansur Syah menitahkan Bendahara dan pembesar-pembesar Melaka menyerang Indera
Pura.
Raja Indera Pura, iaitu Maharaja Dewa Sura ditangkap manakala, puteri baginda, iaitu Onang Sari dibawa ke Melaka dan dikahwini oleh Sultan Mansur Syah.
Sultan Mansur Syah berkeinginan bersahabat dengan Siam dan Menteri Jana Putera serta Tun Telanai dititahkan ke Siam.
Orang tua dari Melaka berjaya menunjukkan kebolehannya sehingga mengagumkan raja Siam
Tun Telanai dan Menteri Jana Putera juga berjaya membuat tipu helah sehingga berjaya mengelakkan daripada menentang musuh Siam yang kuat di sebelah matahari mati.
PERISTIWA DALAM BAB 6
Seorang penyadap menjumpai seorang budak hanyut dan diberi nama Ki Mas Jaya.
Patih Aria Gajah Mada mencadangkan agar Puteri Raden Galoh Awi Kesuma memilih suami supaya dapat menjadi Betara Majapahit.
Penyadap membayangkan Ki Mas Jaya akan menjadi Betara Majapahit, dan penyadap mahu beliau dilantik sebagai Patih Aria Gajah Mada sekiranya perkara itu terjadi.
Pada hari pemilihan calon suami, Puteri Raden Galoh Awi Kesuma memilih Ki Mas Jaya sebagai suami.
Penyadap menagih janjinya dengan Sang Aji Jaya Ningrat tetapi Sang Aji Jaya Ningrat keberatan melantik penyadap sebagai Patih Aria Gajah Mada.
Satu jawatan baru yang setaraf dengan Patih Aria Gajah Mada diwujudkan, iaitu Patih Adi Kara dan diberikan kepada penyadap.
Sultan Mansur Syah ingin meminang Puteri Raden Galuh Cendera Kirana, anak Sang Aji Jaya Ningrat dengan Puteri Raden Galoh Awi Kesuma.
Rombongan Melaka sampai ke Majapahit dan dapat menunjukkan kepandaian.
Tun Bija Sura dapat menyelamatkan keris, mencuri keris Betara Majapahit, menari "sapu-sapu rengit", dan menggertak anjing yang ditambat berhampiran utusan Melaka.
Sultan Mansur Syah berkahwin dengan Raden Galuh Cendera Kirana.
Kuda Sultan jatuh ke dalam telaga tahi dan diselamatkan oleh Hang Tuah.
Hang Tuah difitnah bermukah dengan dayang raja sehingga Sultan menitahkan Hang Tuah dibunuh.
Seri Nara Diraja menyembunyikan Hang Tuah di sebuah dusun.
Orang-orang Melaka yang diketuai oleh Tun Perpatih Putih dapat melihat wajah raja China setelah makan kangkung yang dibelah tetapi tidak dikerat.
Puteri Hang Liu berkahwin dengan Sultan Mansur Syah. Sultan Mansur Syah menyuruh Tun Telanai dan Menteri Jana Putera menghantar sembah baginda kepada raja China. Tun Telanai dan Menteri Jana Putera terpesong ke Brunei dan dapat menipu raja Brunei dengan mengatakan Sultan Mansur Syah tidak menyembah China.
Raja China mendapat sakit kedal setelah disembah oleh Sultan Mansur Syah dan ubatnya ialah air basuh kaki Sultan Mansur Syah. Raja China sembuh daripada penyakitnya setelah menyantap dan membasuh muka dengan air basuh kaki raja Melaka.
PERISTIWA DALAM BAB 7
Hang Jebat mengamuk di istana Melaka kerana membalas dendam atas kematian Hang Tuah.
Sultan Mansur Syah mengenang-ngenang akan Hang Tuah memandangkan tidak ada sesiapa yang berjaya menewaskan Hang Jebat.
Seri Nara Diraja menjelaskan bahawa Hang Tuah masih hidup dan Hang Tuah dibawa pulang.
Hang Tuah bertikam dengan Hang Jebat dan beliau berjaya membunuh Hang Jebat. Hang Tuah diberikan gelaran Laksamana oleh Sultan Mansur Syah.
Sultan Mansur Syah berpindah istana tetapi istana yang baru dibina itu terbakar dan banyak harta tidak dapat diselamatkan. Sultan Mansur Syah menitahkan Bendahara agar dibuat istana baru dan istana itu disiapkan dengan kerjasama rakyat.
Seri Nara Diraja sakit dan mewasiatkan agar Bendahara Paduka Raja menjaga anak-anaknya.
Bendahara Paduka Raja terlihat suatu Cahaya dari langit turun ke kepala Tun Mutahir.
Tun Tahir dijadikan Seri Nara Diraja, iaitu Penghuiu Bendahari manakala, Tun Mutahir menjadi Temenggung bergelar Seri Maharaja.
Melaka menyerang Kampar dan Maharaja Jaya dapat dibunuh oleh Seri Nara Diraja manakala, Khoja Baba dapat membunuh Tun Demang, mangkubumi Kampar.
Melaka menyerang Siak dan Siak dapat dikalahkan. Maharaja Parameswara dibunuh oleh Akhtiar Muluk manakala, Megat Kudu, anak Maharaja Parameswara ditawan.
Sultan Mansur Syah mengahwinkan anak baginda, Raja Mahadewi dengan Megat Kudu kemudian Megat Kudu dirajakan di Siak dengan gelaran Sultan Ibrahim.
Tun Muhammad membunuh Tun Besar, anak Bendahara Paduka Raja kerana bola sepak raga yang disepak oleh Tun Besar jatuh menimpa destar Raja Muhammad. Anak-anak buah Bendahara Paduka Raja ingin membalas dendam tetapi ditegah oleh Bendahara.
Sultan Mansur Syah merajakan Raja Muhammad di Pahang memandangkan tidak ada yang menyembah Raja Muhammad di Melaka.
Semerluki jatuh hati kepada ibu saudaranya dan dihalang oleh ayahnya Keraeng Majiko. Keraeng Majiko menyuruh Semerluki merompak mencari perempuan di Ujung Tanah.
Semerluki merosakkan jajahan Melaka dan diketahui oleh Sultan Mansur Syah lalu menyuruh Laksamana menghalang Semerluki.
Orang-orang Melaka berperang dengan tentera Semerluki dan ramai orang Melaka mati. Laksamana berjaya menewaskan Semerluki.
Mauiana Abu Bakar membawa kitab Duri'l-mazlum ke Melaka. Sultan Mansur Syah dan ramai pembesar Melaka berguru dengan Maulana Abu Bakar. Sebelum itu kitab itu dirujuk dan diterjemahkan di Pasai.
Sultan Mansur Syah menyuruh Tun Bija Wangsa ke Pasai merujuk masalah agama dan masalah itu diselesaikan oleh Makhdum Mua.
PERISTIWA DALAM BAB 8
Raja Cempa menjumpai seorang budak di dalam mayang pinang dan diberi nama Pau Gelang. Setelah raja Cempa mangkat, Pau Gelang dilantik sebagai raja Cempa. Cucu Pau Gelang berkahwln dengan puteri Majapahit, Raden Galuh Ajeng dan beranak raja-raja Cempa sehinggalah Pau Kubah.Pau Kubah tewas berperang dengan raja Kuci. Syah Indera Berma, iaitu anak raja Cempa lari ke Melaka.
Sultan Zainal Abidin dari Pasai melarikan diri ke Melaka selepas adindanya merampas takhta. Orang-orang Melaka membantu Sultan Zainal Abidin sehingga Sultan Zainal Abidin berjaya menaiki takhta semula.
Sultan Zainal Abidin enggan menyembah Sultan Mansur Syah dan Bendahara Paduka Raja, pulang ke Melaka dengan rasa kecewa.
Laksamana mengajak Bendahara merajakan semula Sultan Zainal Abidin tetapi Bendahara enggan. Sultan Mansur Syah murkakan Bendahara manakala, Laksamana pula memburuk-burukkan Bendahara ketika di Pasai. Bendahara memuji-muji Laksamana ketika di Pasai dan apabila Laksamana mengetahui pujian Bendahara itu, Laksamana serba salah dan pergi berjumpa Bendahara untuk meminta maaf.
Raden Kelang dibunuh oleh orang mengamuk di Melaka.
Sultan Mansur Syah gering dan memberi wasiat kepada anakanda baginda sebelum mangkat. Sultan Mansur Syah mangkat dan digantikan oleh Raja Hussain dengan gelaran Sultan Alau'd Din Riayat Syah.
Melaka diancam pencuri sehingga Sultan Alau'd-Din Riayat Syah bertindak menyamar diri untuk membanteras pencuri-pencuri.
Temenggung Seri Maharaja bertindak keras dengan mengetatkan undang-undang setelah beliau disindir oleh Sultan Alau'd-Din Riayat Syah. Sultan Alau'd-Din Riayat Syah membuat undang-undang mencuri dikudungkan tangan manakala, di simpang empat di tengah negeri dibuat sebuah balai untuk diletakkan harta kecurian yang dijumpai.
Raja Pahlawan dari Haru mengamuk di Pasai setelah surat yang bertulis 'salam' disebut 'sembah'. Ramai orang Pasai mati.
Sultan Alau'd-Din Riayat Syah menyuruh pahlawan Melaka menghalang orang-orang Haru. Pertempuran berlaku antara orang-orang Melaka dengan orang-orang Haru. Berlaku perdamaian antara Melaka dengan Haru.
Raja Maluku dan Telanai Terengganu datang ke Melaka.
Selepas Telanai Terengganu pulang, Sultan Muhammad, iaitu Raja Pahang menitahkan Seri Akar Raja membunuh Telanai Terengganu kerana pergi ke Melaka tanpa memberitahu baginda.
Sultan Alau'd-Din Riayat Syah mendapat tahu perkara itu dan menitahkan pahlawan-pahlawannya menyerang Pahang kerana Sultan Muhammad membunuh Telanai Terengganu tanpa pengetahuan Melaka dan Raja Muhammad juga ingin menyerang Melaka. Bendahara tidak membenarkan keinginan Sultan Alau'd-Din Riayat Syah untuk menyerang Pahang.
Laksamana telah dititahkan ke Pahang untuk menyelesaikan masalah itu. Laksamana Hang Tuah ke Pahang dan menyuruh orangnya membunuh salah seorang keluarga Seri Akar Raja.
Apabila ditanya tentang pembunuhan ke atas Telanai Terengganu, Sultan Muhammad berdalih dengan mengatakan Telanai Terengganu berlaku biadap.
PERISTIWA DALAM BAB 9
Tun Jana Pakibul membunuh orang di Siak atas suruhan Sultan Ibrahim dan tidak memberitahu ke Melaka.
Laksamana Hang Tuah dihantar ke Siak dan di sana beliau mencerca Tun Jana Pakibul kerana membunuh orang tanpa memberitahu ke Melaka.
Sultan Alaud'Din Riayat Syah gering dan baginda memberi wasiat kepada pembesar-pembesar supaya merajakan Raja Mamad dan menasihati beliau kerana beliau masih kecil.
Raja Mamad dilantik sebagai Sultan Melaka setelah Sultan Alaud'-Din Riayat Syah mangkat.
Sultan Mahmud gering dan dijaga oleh Bendahara Paduka Raja dan Laksamana Hang Tuah. Apabila sembuh, Bendahara dan Laksamana dlanugerahkan usungan tetapi Bendahara tidak menggunakannya.
Bendahara Paduka Raja sakit dan memberi wasiat kepada anak cucunya. Kepada Sultan Mahmud Syah, beliau menasihatkan agar jangan ikut nafsu dan jangan mendengar fitnah.
Bendahara Paduka Raja mati dan digantikan oleh Bendahara Tun Perpatih Putih.
Sultan Mahmud Syah mengganggu isteri Tun Biajid dan baginda hampir-hampir dibunuh oleh Tun Biajid.
Sultan Mahmud Syah juga mengganggu Tun Dewi tetapi oleh sebab Tun Ali Sandang berada di sana. Sultan Mahmud menyuruh Tun Isap membunuh Tun Ali Sandang.
Seri Wak Raja ingin membunuh Tun Isap tetapi Sultan Mahmud menyuruh Tun Isap melarikan diri. Tun Isap pulang ke Melaka dan dibunuh oleh Seri Wak Raja.
Seri Bija Diraja dibunuh oleh Sultan Mahmud kerana lambat datang pada hari raya.
Sultan Mahmud menitahkan Paduka Tuan menyerang Manjong manakala, Seri Maharaja menyerang Kelantan. Kedua-dua serangan itu berhasil.
PERISTIWA DALAM BAB 10
Bendahara Putih mati dan digantikan oleh Bendahara Seri Maharaja atau Tun Mutahir. Bonda Sultan Mahmud yang memilih beliau menjadi Bendahara.
Kedatangan Patih Adam dari Surabaya akhirnya telah menimbulkan krisis di Melaka kerana ingin berkahwin dengan Tun Minda, anak Seri Nara Diraja. Patih Adam menuntut janji daripada Seri Nara Diraja yang dikatakan mahu menjodohkan Patih Adam dengan Tun Minda tetapi Seri Nara Diraja menafikannya.
Setelah kemangkatan permaisurinya, Sultan Mahmud menitahkan agar dipinang Puteri Gunung Ledang.
Tun Mamad, Laksamana, dan Sang Setia ke Gunung Ledang. Tun Mamad berjumpa Dang Raya Rani lalu Tun Mamad memberitahu tujuannya ke Gunung Ledang itu. Seorang perempuan tua berjumpa dengan Tun Mamad dan menjelaskan syarat yang dikenakan untuk meminang Puteri Gunung Ledang.
Apabila diberitahu kepada Sultan Mahmud, Sultan Mahmud membatalkan niat baginda meminang Puteri Gunung Ledang. Baginda tidak sanggup menumpahkan darah anakanda baginda. :
Orang-orang Melaka menjadikan orang Inderagiri di Melaka sebagai hamba sehingga mereka ingin pulang ke negeri mereka. Akhirnya, Sutan Nara Singa pulang ke Inderagiri.
Hang Nadim diarahkan ke benua Keling untuk membeli kain serasah. Kepandaian Hang Nadim melukis sendiri corak kain dikagumi.
Hang Nadim pulang ke Melaka tetapi kapal yang dinaikinya tenggelam kerana kapal Hang Isap disumpah oleh seorang wali.
Sultan Mahmud murka kepada Hang Nadim kerana tidak banyak membawa balik kain yang diingini baginda.
Hang Tuah meninggal dunia dan digantikan oleh Laksamana Khoja Hassan.
PERISTIWA DALAM BAB 11
Sultan Abdul Jamal menyuruh Seri Wangsa Diraja ke Melaka untuk memberitahu kemangkatan ayahanda baginda.
Sultan Mahmud berasa sedih dan menitahkan Seri Wak Raja ke Pahang untuk menobatkan Sultan Abdul Jamal Syah.
Setelah Seri Wak Raja pulang dan memberitahu kecantikan Tun Teja, Sultan Mahmud inginkan Tun Teja walaupun Tun Teja sudah bertunang dengan Sultan Abdul Jamal.
Hang Nadim ke Pahang untuk membawa pulang Tun Teja ke Melaka. Hang Nadim berjaya melarikan Tun Teja setelah berbaik-baik dengan perempuan tua tukang urut.
Hang Nadim berjaya mengalahkan serangan Pahang di laut.
Sultan Abdul Jamal ingin menyerang Melaka dengan gajah Ai Kening. Laksamana Khoja Hassan ke Pahang dan melarikan gajah Ai Kening, dan sebelum itu Laksamana Khoja Hassan dapat menewaskan angkatan Pahang yang menyerangnya di laut.
Sultan Abdul Jamal begitu marah dan turun dari takhta. Baginda digantikan oleh anakanda baginda, Sultan Mansur Syah.
Raja Zainal, iaitu adinda kepada Sultan Mahmud mengambil kesempatan atas ketampanannya untuk merosakkan gadis dan perempuan di Melaka.
Sultan Mahmud mahu supaya Raja Zainal dibunuh sahaja dan tugas ini disempurnakan oleh Hang Berkat. Setelah Hang Berkat digelar Sang Sura, isteri Sang Sura bermukah dengan Sang Guna. Sang Sura ingin membunuh Sang Guna tetapi ditegah oleh Sultan Mahmud. Sultan Mahmud menitahkan agar Sang Guna tidak boleh keluar rumah.
PERISTIWA DALAM BAB 12
Raja Legor ingin menyerang Pahang atas suruhan raja Siam. Bendahara Seri Maharaja dititahkan ke Pahang untuk membantu Pahang.
Orang-orang Melaka menyiapkan kubu pertahanan di Pahang. Terjadi peperangan antara orang Legor dengan Pahang tetapi Pahang tidak dapat ditewaskan.
Tun Perpatih Hitam dan Tun Hussain dibunuh kerana bersikap biadap di hadapan Bendahara.
Cau Seri Bangsa memeluk Islam setelah berjaya menewaskan Raja Sulaiman Syah di Kota Mahligai. Cau Seri Bangsa menjumpai Petani dan menjadi raja di sana. Cau Seri Bangsa memohonkan nobat di Melaka. Raja Kedah juga datang ke Melaka dan memohonkan nobat.
Kedatangan Peringgi ke Melaka dan bentuk fizikal mereka menghairankan orang-orang Melaka.
Peringgi menyerang Melaka di bawah pimpinan Gonsalo Periera tetapi gagal menewaskan Melaka.
Maulana Sadar Jahan datang ke Melaka. Sultan Mahmud berguru dengan maulana itu. Tun Mai Ulat Bulu berguru dengan Maulana Sadar Jahan tetapi Maulana Sadar Jahan memarahi beliau yang susah menyebut perkataan bahasa Arab.
Sultan Mahmud menitahkan Orang Kaya Tun Muhammad ke Pasai merujuk soal agama dan masalah itu diselesaikan oleh Tun Hassan.
PERISTIWA DALAM BAB 13
Bendahara Seri Maharaja hendak mengahwinkan anaknya Tun Fatimah dengan Tun Ali. Raja Dibaruh menasihatkan agar Bendahara menunjukkan Tun Fatimah kepada Sultan Mahmud terlebih dahulu tetapi Bendahara enggan kerana darjat keluarganya rendah jika dibandingkan dengan Sultan Mahmud.
Bendahara mengahwinkan anaknya dengan Tun Ali. Sultan Mahmud berdendam dengan Bendahara
setelah melihat kecantikan Tun Fatimah.
Ali Manu Nayan ingin memberi rasuah kepada Tun Hassan Temenggung tetapi ditolak oleh beliau.
Anak-anak buah Tun Hassan Temenggung selalu meminta rasuah daripada saudagar-saudagar kaya di Melaka.
Nina Sura Dewana dan Raja Mendaliar bertelagah dan meminta Bendahara menyelesaikannya tetapi disuruh pulang terlebih dahulu kerana hari sudah petang.
Nina Sura Dewana memberi hadiah kepada Bendahara Seri Maharaja dan perkara ini dilihat oleh Si Kitul.
Si Kitul memberitahu Raja Mendaliar bahawa Nina Sura Dewana memberi emas kepada Bendahara supaya Bendahara membunuh Raja Mendaliar.
Raja Mendeliar memberi hadiah kepada Laksamana Khoja Hassan dan memberitahu bahawa Bendagara Seri Maharaja ingin menderhaka.
Laksamana Khoja Hassan memberitahu Sultan Mahmud dan Sultan Mahmud bercadang untuk membunuh Bendahara kerana selama ini baginda memang berdendam dengan Bendahara kerana Tun Fatimah.
Bendahara Seri Maharaja, Seri Nara Diraja, Tun Hassan Temenggung, dan Tun Ali dibunuh oleh Sultan Mahmud.
Paduka Tuan dilantik menjadi Bendahara walaupun sudah tua dan uzur.
Tun Fatimah tidak pernah senyum, malah menggugurkan kandungan selepas berkahwin dengan Sultan Mahmud.
Sultan Mahmud turun dari takhta dan digantikan dengan Sultan Ahmad Syah dan Sultan Ahmad pula merupakan seorang sultan yang mengamalkan sikap pilih kasih.
PERISTIWA DALAM BAB 14
Peringgi menyerang Melaka di bawah pimpinan Alfonso d'Albuquerque tetapi serangan kali pertama Peringgi ke atas Melaka gagal.
Orang-orang Melaka membaca Hikayat Muhammad Hanafiah untuk menaikkan semangat kerana Peringgi akan menyerang lagi.
Berlaku pertempuran hebat antara tentera Peringgi dengan orang-orang Melaka sehingga orang Melaka tidak dapat bertahan. Sultan Ahmad dan Sultan Mahmud meiarikan diri hingga ke Pahang.
Sultan Ahmad dibunuh atas arahan ayahandanya kerana baginda tidak menghormati pembesar-
pembesar dan digantikan oleh Raja Muzaffar.
pembesar dan digantikan oleh Raja Muzaffar.
Tun Fatimah melahirkan seorang anak lelaki, iaitu Tun Ali dan diberi gelaran Sultan Alau'd-Din Ri'ayat Syah.
Peringgi menyerang Bintan dan Sultan Mahmud terpaksa berundur hingga ke Kampar.
PERISTIWA DALAM BAB 15
Sultan Alaud'-Din Ri'ayat Syah ditabalkan menjadi raja selepas kemangkatan Sultan Mahmud Syah dan baginda meninggalkan Kampar menuju ke Pahang dan berkahwin dengan Raja Kesuma Dewi, anak Sultan Mansur Syah.
Sultan Alaud'-Din Ri'ayat Syah membuka sebuah negeri di Kuala Johor.
Raja Omar, iaitu cucu Sultan Mansur Syah di Pahang berkahwin dengan Raja Fatimah, anak Sultan Alaud'-Din Ri'ayat Syah.
Sultan Muzzafar Syah menggantikan Sultan Alaud'-Din Ri'ayat Syah yang mangkat dan baginda membuka sebuah negeri bernama Seluyut.
Raja Omar menceraikan isteri pertamanya setelah Raja Fatimah hamil, manakala Sultan Muzaffar Syah jatuh hati dan berkahwin dengan bonda Raja Mansur.
Kemangkatan Sultan Muzaffar dan digantikan oleh Sultan Abdul Jalil Syah kemudian digantikan pula oleh Sultan Ala Jalla Abdul Jalil Ri'ayat Syah.
Sultan Ala Jalla Abdul Jalil Ri'ayat Syah membuka negeri di Batu Sawar dan kemudiannya ke negeri Makam Tauhid.
Sultan Ala Jalla Abdul Jalil mangkat dan digantikan oleh Raja Martgsur dengan gelaran Sultan Alaud'-Din Ri'ayat Syah.
Sultan Alaud'-Din Ri'ayat Syah kemudiannya memindahkan pusat pentadbiran negeri dari Makam Tauhid ke negeri di Pasir Raja.
PENGENALAN
a. "Sulalatus Salatin" (nama dalam bahasa Arab).
b. Nama lain ialah SEJARAH MELAYU lebih popular.
c. Sulalatus Salatin bermaksud "Salasilah Sultan-sultan" atau Peraturan Segala Raja-raja.
d. Naskhah asal Sulalatus Salatin -» dipercayai Hikayat Melayu yang dibawa dari Goa.
e. Dipercayai naskhah awal tamat penulisannya sebelum tahun Masihi 1536. Disusun semula pada tahun 1612.
Subscribe to:
Posts (Atom)